Tuesday, May 24, 2011
TUJUH ALASAN ORANG MALAS BERSENAM
ALASAN #1 – “SAYA SANGAT SIBUK, MANA ADA MASA NAK BERSENAM!”
Anda tidak akan pernah sibuk untuk bersenam! Bersenam ialah suatu kewajipan selagi kita masih hidup (dan jika mahu hidup panjang!). Jika anda sangat sibuk dan langsung tidak ada masa untuk luangkan masa ‘berharga’ anda walaupun 20 minit sehari, jadilah lebih aktif! Gunakan tangga berbanding lif. Cuba kurangkan penggunaan kenderaan. Jika sangat perlu, letak kereta anda sejauh mungkin supaya anda masih perlu berjalan ke destinasi yang anda ingin tuju.
Okay anda mungkin berpendapat bahawa perkara-perkara ini adalah ‘remeh’ dan tidak mungkin membantu anda dalam mencapai objektif anda. Tetapi, jika anda mengambil langkah-langkah ini setiap hari, ianya akan memberi kesan lebih dalam jangka panjang! Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit juga kan!
ALASAN #2 – “BUAT APA BERSENAM? SAYA TELAH DITAKDIRKAN SEBAGAI SEORANG GEMUK!”
Saya berpendapat bahawa ini merupakan alasan yang tidak boleh diterima sama sekali! Ia seperti mengaku bahawa ada yang tidak kena tentang diri anda tetapi anda tidak mahu mengambil langkah proaktif untuk mengubahnya kerana menganggap bahawa ianya suatu yang telah ‘sebati’ dalam diri anda. Saya percaya setiap personaliti yang anda baca di ruangan ‘Success Stories’ di Kevin Zahri mempunyai pendapat yang sama berkenaan ini.
Kadangkala, kegemukan bukanlah kesalahan individu itu sendiri, ianya sesuatu yang dikongsi bersama. Ianya disebabkan oleh kebiasaan yang dipupuk dari kecil. Ingat tak pesan, kalau makan, makan sampai kenyang kan? Bersenam juga dianggap sebagai perkara yang tidak wajib oleh kebanyakan masyarakat kita. Sama juga bagi mereka yang kurus disebabkan kadar metabolism tinggi, senaman masih juga relevan dan penting!
Percayalah cakap saya, jika anda mempunyai azam untuk berubah anda pasti boleh mencapainya. Yang penting sekali, anda perlu ubah persepsi dan berhenti menyalahkan diri anda terhadap keadaan diri anda sekarang. Jika anda sedang membaca ini, ia bermakna anda sangat berminat untuk mengubah diri anda. Persoalannya sekarang, bilakah anda mahu mentadbir diri anda kembali? Jawapannya, sekarang!
Jika anda sedang membaca ini, ia bermakna anda sangat berminat untuk mengubah diri anda. Persoalannya sekarang, bilakah anda mahu mentadbir diri anda kembali? Jawapannya, sekarang!
ALASAN #3 – “SAYA DIET, TAK PAYAH BERSENAM LAH!”
Perkataan ‘diet’ ialah salah satu terma yang paling gemar digunakan dan juga ‘disalahguna’ oleh orang ramai yang cuba untuk mengurangkan berat badan! Diet tak bermakna anda ‘berpuasa’ dan mengikat perut anda dari makanan.
‘Diet’ sebenarnya ialah jumlah makanan yang diambil oleh seseorang. Setiap individu mempunyai jumlah nilai kalori harian (DCR) berlainan bergantung kepada fizikal badan dan juga gaya hidup seseorang itu (sama ada aktif atau tidak). Sudah tentu, tidak mustahil bagi seseorang itu untuk mengurangkan berat badan dengan hanya berdiet. Tetapi ianya sangat tidak disyorkan kerana seseorang itu perlu sangat berdisiplin dalam pengambilan makanan. Terdapat juga kemungkinan besar untuk berasa lapar dan akhirnya anda mungkin terlebih makan kerana tersangat lapar! Oleh itu, ‘diet seimbang’ sangat disyorkan oleh majoriti pakar nutrisi yang meliputi diet (‘reduced calorie diet’) dan senaman. Tahukah anda bersenam membantu anda mengurangkan nafsu makan?
ALASAN #4 – “SAYA TAK MAHU PERGI GYM, SAYA TAK MAHU BADAN ‘BESAR’ MACAM AHLI BINA BADAN!”
Mungkin ini salah satu sebab kenapa kurangnya pengunjung perempuan di gimnasium. Kaum wanita sangat risau jika tubuh badan mereka akan berotot seperti lelaki bina badan. Jangan risau, kebanyakan lelaki juga mempunyai kerisauan yang sama kerana tidak mahu kelihatan ‘besar’ macam ‘weightbuilder’.
Sebenarnya, bukan senang untuk seseorang kelihatan seperti ahli bina badan. Ianya adalah proses yang mengambil masa yang agak panjang dan diet mereka sangat berbeza berbanding mereka yang hanya pergi gym untuk menjadi sihat dan meningkatkan kesihatan diri. Jadi anda tak perlu risau!
Perempuan dan lelaki juga mempunyai fisiologi yang berbeza. Kepada kaum wanita, bentuk badan anda akan menjadi lebih menarik kerana latihan di gym membantu membakar lemak badan. Jangan jadikan alasan ini untuk tidak mahu pergi ke gym lagi okay?
ALASAN #5 – “BENCILAH BERSENAM! TAK SUKA!”
Saya suka berlari. Mungkin anda tidak suka berlari. Anda mungkin mempunyai aktiviti yang anda minat yang mungkin anda sendiri tidak tahu lagi. Yang penting di sini, jangan mudah berhenti dan berputus asa. Teruskan bersenam dengan pelbagai aktiviti yang anda boleh cari dan cuba. Kawan saya dah berhenti berlari dengan saya selepas beberapa minggu dan sekarang masuk kelas ‘pole dancing’. Tak kisahlah apa pun yang anda buat, cuma pastikan ianya sesuatu yang aktif dan membuat anda berpeluh!
ALASAN #6 – “BUAT PENAT SAJA EXERCISE, TAK ADA BEZA APA-APA PUN!”
Ramai orang putus asa dan berhenti bersenam sepenuhnya sebab tak nampak apa-apa pun beza selepas penat bersenam selama beberapa minggu. Banyak faktor yang menyebabkan kenapa ianya berlaku tetapi ianya boleh disimpulkan kepada satu sahaja, iaitu pengetahuan asas mengenai senaman.
Senaman akan menjadikan anda lebih sihat dan fit tetapi tidak akan membantu anda mengurangkan berat badan jika anda masih teruskan dengan diet anda yang biasa. Anda perlu tahu tentang konsep pemakanan sihat, dan juga tips mengenai senaman supaya anda boleh mencapai objektif anda secara efektif. Ingat, kualiti selalunya lebih penting dari kuantiti!
ALASAN #7 – “SUSAHLAH NAK TERUSKAN BERSENAM!”
Ada juga yang mahu bersenam tapi susah nak jadikan ianya satu amalan. Banyak sebab kenapa situasi ini boleh terjadi. Lazimnya ia mungkin disebabkan oleh terlalu memaksa diri untuk mencapai suatu objektif. Saya ingat lagi dahulu betapa azabnya untuk berlari hanya sejauh 1km tanpa henti. Ianya semuanya proses yang mengambil masa. Sekali lagi, ianya sangat bergantung kepada psikologi anda.
Betapa banyak anda mahu mencapai objektif tersebut. Saya selalu ingatkan diri saya untuk buat yang terbaik setiap kali bersenam kerana saya yakin setiap kali bersenam ialah satu kejayaan terhadap diri saya. Tak ramai orang yang sanggup bangun dari sofa dan keluar rumah hanya untuk pergi bersenam bukan?
Akhir sekali, kita perlu ingat bahawa seseorang tidak akan berubah kerana apa yang mereka sudah ketahui, tetapi apa yang mereka rasa tentang sesuatu. Seorang perokok tidak akan berhenti merokok kerana tahu merokok membahayakan kesihatan atau mungkin menyebabkan kanser, tetapi berhenti kerana merasakan sesuatu yang tidak kena tentang tabiat tersebut.
Monday, May 23, 2011
Minuman manis dan kegemukan
Berbeza dengan teh tarik yang mungkin sebahagian kecil nilai kalorinya hadir berpunca daripada sumber lemak dan protein, minuman ringan hanya mengandungi gula ringkas semata-mata, dan kalori yang wujud dalam minuman ini juga datang daripada gula semata-mata. Kebiasaannya minuman ringan tidak mengandungi protein dan lemak. Perumpamaan untuk komposisi minuman ringan adalah seperti berikut: Air kosong + Gula + Perisa + Karbonat = Minuman ringan/bergas.
Lebih gula, lebihlah dahaganya
Gula yang terkandung dalam minuman ringan adalah merupakan karbohidrat ringkas yang sudah diproses (refined carbs). Pengambilan karbohidrat ringkas seperti ini akan menggalakkan pembebasan insulin dengar kadar yang banyak dan mendadak dari pankreas yang berfungsi untuk membawa gula ringkas tadi masuk ke dalam sel, lalu menukarkannya kepada glikogen di sana.
Ini sekaligus akan membuatkan paras gula dalam darah jatuh secara mendadak, dan otak akan mula berfikir bahawa badan masih memerlukan ‘sumber makanannya’ – ini mengakibatkan anda akan berasa lebih dahaga (tidak puas dengan apa yang diminum tadi). Akibatnya, sama ada anda akan menambah lagi minuman ringan ini, atau menghabiskan terus sebotol yang dibeli.
Lebih insulin, lebihlah lemaknyaOleh kerana gula merupakan karbohidrat yang sudah diproses, maka badan tidak akan mengambil masa yang lama untuk mencernakannya. Sifat gula yang mengandungi tinggi glycemix index (G.I) akan membuatkan ia cepat memasuki aliran darah dalam bentuk glukosa, dan dibawa ke serata sel dalam tubuh badan melalui darah dengan bantuan hormon yang kita kenali sebagai insulin.
Sel tidak memerlukan terlalu banyak glukosa untuk menjalankan fungsinya, lalu apakah yang akan berlaku jika ia menerima terlalu banyak glukosa? Glukosa yang berlebihan akan ditukarkan kepada glikogen dan disimpan sementara di dalam sel sehinggalah ia akan digunakan kelak. Namun, persoalan seterusnya akan timbul, apakah yang akan berlaku jika paras glikogen di dalam sel menjadi terlalu tinggi? Glikogen tersebut akan dibawa dan disimpan didalam hati, dan HANYA akan diguna pakai apabila badan berada pada fasa lapar, seperti puasa, dan bersukan berintensiti tinggi (kardio).
Persoalan seterusnya pula akan timbul. Apa pula yang akan terjadi jika paras glikogen dalam hati menjadi terlalu tinggi? (anggap bahawa orang ini mempunyai kadar metabolisma yang rendah, sentiasa makan dan mengamalkan cara hidup yang tidak sihat). Badan akan mengarahkan hormon yang baru sahaja kita kenali tadi, iaitu insulin, untuk menukarkan semua glikogen dalam hati yang berlebihan kepada apa yang kita kaitkan dengan punca obesiti, iaitu LEMAK.
Kesimpulannya? Dengan mempelajari mekanisma akan bagaimana lemak terbentuk secara asas seperti ini, diharapkan kita akan lebih peka sebelum mengambil sesuatu makanan atau minuman, terutamanya yang mengandungi gula ringkas seperti ini. Pokoknya bukan tidak boleh untuk mengambil gula ringkas langsung, tetapi biarlah mengikut keperluan. Waktu yang disarankan untuk mengambil gula ringkas (minuman ringkas) adalah pada waktu pagi, selepas bersenam atau bersukan, atau ketika berbuka puasa, yang mana ketiga-tiga keadaan ini berkongsi situasi yang sama – paras glikogen dalam badan anda adalah rendah.
Dan soalan terakhir yang saya hendak tinggalkan kepada para pembaca di sini ialah, mengapa Kerajaan Malaysia harus menegah murid-murid daripada membeli minuman manis di kantin ketika waktu rehat SEBELAH PAGI di sekolah? Bukankah mereka (murid-murid) memerlukan guka ringkas segera untuk terus bertenaga pada sebelah pagi di sekolah?
8 Tip Mudah Diet Ala Gaya Hidup Di Malaysia
Tip-tip yang disenaraikan dibawah akan membantu anda untuk melihat perubahan yang lebih cepat kerana ia akan meningkatkan metabolisma, mengelakkan rasa lapar, menambahkan tenaga dan membuatkan anda berasa lebih baik secara keseluruhannya.
1. Menambah Karbo Selepas Senaman
Perkara asas yang paling penting dalam diet adalah memastikan anda tidak kekurangan kalori yang diperlukan setiap hari. Mengisi atau menambah semula bekalan karbo didalam badan selepas dari sesi senaman anda.
Menikmati makanan selepas senaman adalah satu kemestian. Ini adalah masa terbaik kerana pada masa inilah otot berada dalam keadaan yang lemah dimana penambahan karbo sangat diperlukan. Perlu diketahui juga bahawa pada masa inilah makanan yang dimakan paling kurang untuk diserap menjadi lemak.
2. Jangan Tidur Ketika Lapar
Langkah kedua yang akan membantu mempercepatkan pengurangan berat badan ialah tidak tidur ketika lapar. Ramai yang beranggapan makan pada lewat malam akan membantutkan usaha mengurangkan berat badan. Hakikatnya adalah makan pada lewat malam tidak akan membantutkan usaha anda. Sebaliknya buatlah pilihan yang bijak. Elakkan pengambilan karbo pada lewat malam dan pilihan dari sumber protein adalah baik untuk anda. Sebagai contoh, susu rendah lemak adalah pilihan yang baik untuk diambil sebelum tidur.
3. Kitaran Kalori
Salah satu langkah yang boleh anda lakukan ialah dengan membuat kitaran terhadap kalori anda setiap hari. Bagaimana utuk melakukannya?
Bila anda mengurangkan kalori dalam diet anda untuk tempoh yang agak lama, kadar metabolisma anda akan menurun. Jadi dengan memvariasikan dengan kalori yang lebih tinggi anda mampu menghalang dari berlakunya metabolisma yang rendah ini.
Sebagai contoh, anda boleh diet rendah kalori untuk 5 hari dan 2 hari kalori yg lebih tinggi. Secara tidak langsung anda juga menjadikan diet anda lebih menarik.
4. Lengkapkan Dengan Protein
Protein adalah nutrien terpenting dalam plan diet anda. Protein akan membantu anda untuk mengurangkan rasa lapar, mengawal selera dan memastikan otot-otot anda mendapat bekalan yang secukupnya.
Pastikan anda mengambil protein yang baik bagi setiap hidangan anda dan mencapai keperluan harian anda. Pilih protein yang baik dari sumber-sumber semulajadi untuk hasil yang terbaik.
5. Jadualkan ‘Cheat Day’
Ramai yang beranggapan bila diet, anda perlu elakkan semua jenis makanan yang anda suka jika inginkan hasil yang baik. Satu persepsi yang tidak betul.
Dengan menjadualkan ‘Cheat Day’ ini, anda masih boleh menikmati hidangan kesukaan dan pada masa yang sama anda masih kekal dengan diet yang sihat pada hari-hari lain.
Lebih baik untuk anda memilih satu hari dari 7 hari hari seminggu untuk ‘Cheat Day’ dari anda memilih untuk makan pada bila-bila masa sahaja.
6. Saratkan Dengan Serat
Serat juga merupakan nutrien yang penting dalam pengurangan berat badan. Serat akan membantu untuk menyihatkan badan dan yang paling penting ia akan membuatkan anda berasa kenyang.
Sekurang-kurangnya anda memerlukan 5gram serat untuk setiap hidangan bagi membantu mengurangkan berat badan. Sumber serat terdiri dari sayur, buah-buahan dan gandum penuh.
7. Kawal Pengambilan Minuman
Salah satu yang sering diabaikan dalam kebanyakkan plan diet ialah pengambilan minuman. Jika anda seorang yang gemar dengan minuman-minuman yang manis ini, anda mungkin telah mengambil kalori yang berlebihan tanpa anda sedari. Perlu diingat bahawa kalori melalui minuman juga dikira.
Jika anda peminat tegar minuman manis ini, alternatif yang ada ialah dengan cara mengurangkan pengambilan kalori makanan anda. Jika tidak usaha menurunkan berat badan anda mungkin tidak akan berjaya.
Langkah terbaik ialah gantikan minuman manis ini dengan air suam atau air kosong.
8. Makan Lebih Produk Tenusu (Dairy Product)
Akhir sekali, tip yang boleh mempercepatkan pengurangan berat badan ialah dengan mensasarkan untuk makan lebih banyak produk tenusu dengan kerap. Ramai yang menganggap mereka perlu menghadkan pengambilan produk tenusu ketika dalam usaha menurunkan berat badan tetapi hakikatnya adalah sebaliknya. Cuma pastikan anda memilih dari variasi rendah lemak.
"Setiap usaha pasti akan diiringi kejayaan. Jangan berputus asa untuk melakukan perubahan pada diri anda."
Friday, May 20, 2011
Baby Boomers era & Gen X vs Gen Y, The Generation
· Baby Boomers: Born after World War 2 – 1960
· Generation X: 1961 – 1981
· Generation Y: 1982 – Present
Now you might not agree with the timeline, but that’s the generally agreed upon timeline for those categorization. Now I’m going to categories Baby Boomers and Gen X together and nickname them parents. Generation Y as…. Us.
So be it Baby boomers, Gen X or Gen Y, don’t you think that there are times you get so frustrated because your bosses, employees, parents or kids don’t understand you? That their priorities are wrong? Or why are they doing this and not that. Trust me I’m facing that problem too as a Gen Y, and sometimes you just want to scream in the top of your lung that ” WAKE UP, We are living in a different era now. What Works then is rubbish now”
Now let’s see what we Gen Y want in life. Image is crucial in our life. We want to be seen as the successful person we are, the Cool and we want to get rich in the shortest time possible. Being a millionaire before 30 will be the best. We want to drive nice car, wear Prada , eat Gucci, breath Armani and speak Zegna. And having to wait and work our ass off for the next 30 years just to have the slight possibility of really being able to afford those stuff just simply won’t do anymore. That’s what drive the blog shop, e-commerce, and other new business ventures that the world has never seen before in the previous decade. With the mass usage of internet, broadband, Wifi and Wimax, our world is connected like never before. This is the social media era. Gen Y is banking on this trend & technology and starting their own business just to earn the extra cash. Many of this techno entrepreneur are very successful and would not need a 9-5 day job, an office, or even workers to sustain a comfortable life. Starbucks and coffee bean is their office. As long as they can connect to the internet, that place is their office. But hey, their namecard has a office address you say. Yes, 9 out of 10, that’s probably a PO Box, rented just for this purposes. I mean why waste thousands per month just to rent a premises that you don’t need. Is this crave of Gen Y to find ways to get more money, that our economy is racing, new products or services mushrooming every minute. Need a document translated from Japanese to English but your company is based in Japan? No worries email me your document. I can finish it by evening and email it back to you from Malaysia. At the end of the email you might see this: P/s I’m 15.
Now, our chase of luxury items, (for the females its probably the shopping, while the guys are gadgets and modding the cars) our expenditure usually is a heated item of argument between us and our parents. To them buying anything extra is a waste of money. Let’s not even talk about luxury items. Let’s talk about us spending RM 15 for a cup of ice blended coffee in Coffee Bean or Starbucks. Tell it to your parents and see their reaction. How many of you will get a good lecturer from them? Did they give you the 50sen Kopi O that they can get in the coffee shop talk? About how money is very hard to earn that we must save as much as possible? And you made the very critical mistake by telling them that your friend also had one “ma”… so you “ma” bought one “lo” (excuse the manglish) which got you a lecturer about choosing the correct friends and don’t get influence by them?
How about the talk on “Why you paid RM 50 for a hair cut at the saloon? Got Indian Barber RM 5 can already ma… Look the same to me…” :S
Now if we step back a bit and analyze, put ourselves in their shoes, think of the era that they grew up in, then you will know why they are acting like that. Our parent’s grew up in a world that the 2nd World War just ended. The state of the country and economy are not rosy at all. Being able to put food on the table and get a job is already an accomplishment. They don’t have wide range of choices that we have and take for granted now!! That is why you will see some of your parents or the older generation, working in just 1 company for their entire life. And why our parent’s keep asking us to save, save and save as they went through a stretch of life, poor.
Now, to the baby boomers era and the Gen X group, this doesn’t mean you are entirely correct. You fail to see that the world has change. You are not understanding your children enough. As I said earlier, image is a huge thing in the Gen Y. Losing one’s image, means losing one’s self esteem, which in turn can lead to depression and lead to worse. Buying a starbucks, or getting an hair cut at a saloon is actually one of their way to distress. Stress from parent’s, from work and from peers. As long as they don’t get out of hand, I don’t see why not. And FYI kopi O in coffee shops are no longer 50 sens. It’s around Rm 2. With that in mind, when u lecturer your kids in something, or the price of an item, remember it’s not their fault. Its the inflation. When giving your children pocket money, THINK whether it’s really enough. What’s the point of earning all those money and keeping it in the bank, while your children have to live a miserable life just because you went through it. When you die, you can’t bring the money with you.
For those parents that work hard and save hard just so that the kids can have a better future and education, I tip my hat to you, bravo. But for those that keep working and earning tons of money yet neglect their children, only enjoying life themselves, not letting their children have a taste of this sweet fruit, I warn you, you better believe in karma as when you are old, your children will probably treat you back the same way.
So before I bored you all to death further, let me just say knowing how to communicate with each other is crucial to avoid conflicts and a break in the family. For the Gen Y, if you are getting lecture by your parents, don’t straight away argue back, put yourself in their shoes, think why they are displeased with your actions and try to reason with them. For the parents, key thing to remember, this is the PRESENT, not the PAST. When lecturing on some values, Don’t ever EVER compare your kids with some other kids and then tell them they will fail in life if they don’t follow that so call good trait exactly. Don’t go: ” Ah boy, why you spend so much on this useless things, look at your cousins, they all so thrifty”. “Aiyo, u continue like that you are going to end up like your dead uncle, poor, worthless and full of debts”. Trust me, you will make matter worst and your kids will just stop telling you things and ignore you.
So with that in mind, let us Gen Y TRY, yes TRY and understand the older generation, so we can co-exist peacefully and avoid those ugly conflicts and words.
Friday, April 1, 2011
Koleksi Petua Untuk Melebatkan Rambut Secara Tradisional
Selepas makan, basuh tangan anda dengan air sehingga bersih. Baca Selawat 3 kali dan dengan tangan anda yang masih basah itu, anda segera lapkan ke seluruh rambut.
Petua 2:
Rendam kacang hijau semalaman. Tapis kacang hijau dan ambil airnya dan sapu ke atas kulit kepala anda sambil picit perlahan-lahan. Amalkan petua ini selalu hingga rambut anda kelihatan seolah-olah baru tumbuh.
Petua 3:
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukannya sekerap 2 kali seminggu.
Petua 4:
Ambil daun bunga raya yang bersih dan ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dengan sebiji telur ayam kampung beserta 1 sudu madu lebah. Gaulkan dan sapukan pada rambut anda. Perap dengan tuala lebih kurang 10 minit. Seterusnya cuci dan bilas rambut anda sehingga kering. Amalkan petua ini 2 kali seminggu.
Petua 5:
Ambil kelapa tua dan perah pekat-pekat. Biarkan hingga 1 jam agar patinya naik. Selepas itu, sapukan pada rambut anda. Gunakan jari atau sikat bergigi jarang. Balut dengan tuala bersih dan perap selama setengah jam.
Petua 6:
Minyak kelapa yang dibuat sendiri juga elok untuk merawat rambut kering, pecah hujung serta mudah gugur. Perahkan santan daripada 2 atau 3 biji kelapa tua. Ambil yang pekat saja. Kemudian, jerang di dalam kuali besar yang tebal. Seeloknya guna dapur kayu kerana memasak minyak kelapa mengambil masa yang panjang. Kemudian biarkan ia sejuk sebelum anda jaramkan pada kepala anda.
Petua 7:
Minyak bijan juga bermanfaat untuk melebatkan rambut anda. Campurkan minyak bijan dengan bunga melur atau bunga melati serta daun pandan. Ia akan mengharumkan minyak tersebut. Untuk mengelakkan ia berbau hapak, pastikan sisa minyak dibasuh sehingga bersih.
Tuesday, March 29, 2011
Freehold vs Leasehold
Ramai diantara kita apabila ditanya jika ingin membeli rumah adakah penting untuk memilih ‘freehold’ (pegangan bebas) berbanding ‘leasehold’ (pajakan)… sudah tentunya saya yakin hampir kesemuanya akan mengatakan lebih baik untuk membeli hartanah freehold… termasuklah saya.. Tetapi persoalan di sini adalah..
Adakah sememangnya tidak disyorkan untuk membeli hartanah leasehold? Dengan banyak projek-projek baru yang leasehold adakah kita masih perlu mencari hartanah freehold walaupun ianya terletak jauh diceruk kawasan yang kita sendiri tidak mahu tinggal di situ?
Jika anda tinggal di kawasan Lembah Klang, anda akan dapat memerhatikan bahawa kebanyakan projek yang dibangunkan di negeri Selangor dan berhampiran Kuala Lumpur (Lembah Klang), ianya adalah di bawah pegangan 99-tahun pajakan.
Melainkan anda ingin membeli di kawasan yang jauh daripada pusat bandar, seperti di Rawang ataupun Kelang, barulah anda mungkin dapat membeli hartanah freehold dengan mudah.
Persoalan di sini adalah, jika anda ingin membeli hartanah (katakan sebuah rumah) di suatu kawasan yang terletak berhampiran tempat kerja anda dan juga Lembah Klang dan ianya adalah hartanah di bawah pegangan pajakan (leasehold), Adakah ianya berbaloi dan haruskah anda meneruskan niat pembelian tersebut?
Perkara pertama yang perlu anda tanya diri anda adalah.. Adakah terdapat pilihan lain yang merupakan hartanah freehold ataupun mempunyai pegangan pajakan lebih panjang daripada yang anda ingin beli (dengan bajet yang lebih kurang sama)?
Jika tiada, maka anda bolehlah pertimbangkan untuk pembelian tersebut tetapi dengan beberapa faktor lain yang perlu dipertimbangkan. Jika anda membeli hartanah baru, pegangan freehold dan 99-tahun pajakan tiada jauh bezanya kerana secara logiknya, 99-tahun melebihi purata 1 generasi untuk didiami.
Di Malaysia, perbezaan hartanah baru yang freehold dengan 99-tahun leasehold juga tidak banyak bezanya seperti negara-negara lain. Jika anda membeli hartanah ‘second-hand’, maka di sini anda perlu lebih berhati-hati kerana terdapat beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan.
Pertama:
Semak berapa tahun baki pajakan hartanah tersebut. Kebanyakan hartanah diberikan pajakan 99-tahun (zaman dahulu mempunyai tempoh lebih pendek seperti 60 tahun) dan selepas beberapa tempoh, baki pajakan semakin pendek dan adalah kritikal untuk dipertimbangkan. Jika baki pajakan hartanah tersebut masih mempunyai 75 tahun atau lebih, tidaklah menjadi isu untuk anda meneruskan pembelian hartanah tersebut. Jika kurang daripada tempoh tersebut, anda perlu pertimbangkan faktor berikutnya…
Kedua:
Lokasi hartanah tersebut. Sesetengah hartanah leasehold terletak di kawasan yang strategik dan mempunyai permintaan yang baik terutamanya dari segi penyewaan. Oleh itu, jika hartanah yang ingin dibeli mempunyai baki pajakan kurang daripada 75 tahun tetapi masih melebihi tempoh 60 tahun maka anda masih boleh mempertimbangkan untuk membelinya dengan syarat harga hartanah tersebut secara relatifnya tidak tinggi berbanding hartanah lain di sekitarnya yang mempunyai ciri yang sama, pajakan yang lebih panjang dan/atau lokasi yang lebih baik.
Ketiga:
Pajakan kurang 60-tahun. Jika boleh, adalah dinasihatkan anda mencari alternatif lain terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli hartanah jenis ini. Walau bagaimanapun terdapat hartanah di dalam kategori ini yang masih boleh dipertimbangkan pembeliannya kerana faktor lokasi dan bekalan yang terhad. Sebagai contoh adalah rumah banglo di Seksyen 1-5, Petaling Jaya. Walaupun kawasan ini mempunyai baki pajakan yang pendek, permintaan untuk pembelian masih ada kerana faktor tersebut selain harga yang rendah.
Walau bagaimanapun, anda hendaklah mengambil perhatian bahawa sesetengah bank tidak memberikan pembiayaan kepada pembelian hartanah yang baki tempoh pajakannya adalah pendek seperti kurang daripada 50 tahun. Walaupun terdapat sesetengah bank yang lain memberikan pembiayaan, kebiasaannya margin pinjaman adalah rendah seperti 60% atau kurang.
Oleh itu, jika anda benar-benar sukakan sesuatu hartanah leasehold yang mempunyai baki pajakan pendek (mungkin kerana rekabentuk, lokasi dsb) maka anda haruslah mempertimbangkan faktor pembiayaan tersebut. Sebagai kesimpulan daripada penjelasan ringkas di atas maka bolehlah saya katakan bahawa tidak semestinya semua pembelian hartanah itu adalah Freehold memandangkan ianya semakin berkurangan dan harga yang mahal. Jika terdapat hartanah lain di kawasan yang sama dengan ciri-ciri yang sama atau lebih baik disamping harga yang lebih rendah, maka bolehlah anda pertimbangkan pembeliannya walaupun ianya adalah hartanah Leasehold. Sekiranya anda mempunyai sebarang pendapat mengenai isu ini, saya amat-amat mengalukan anda untuk menyatakannya disini. Semoga dengan adanya pendapat anda, isu ini akan dapat dibincangkan dengan lebih baik lagi untuk kefahaman dan kebaikan semua. Sekian..
Projek MRT Dijangka Jana RM3 Bilion
Projek MRT Dijangka Jana Gni Antara RM3 Bilion Dan RM4 Bilion Setiap Tahun
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu berkata perlaksanaan projek aliran transit massa (MRT) di Lembah Klang dijangka menjana Pendapatan Negara Kasar (GNI) antara RM3 bilion dan RM4 bilion setiap tahun dari tahun hadapan hingga 2020, hasil daripada pembinaan dan operasi.
Najib berkata antara RM8 bilion dan RM12 bilion akan dijana melalui limpahan dari kerja-kerja pembinaan.
“Sebanyak RM21 bilion impak peningkatan GNI akan dijana pada tahun 2020 dari penambahan nilai hartanah dan penambahan kadar produktiviti,” katanya.
Jemaah Menteri pada mesyuarat mingguannya semalam telah meluluskan perlaksanaan projek MRT berkenaan di sini, katanya kepada pemberita di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Subang sebelum berlepas ke Terengganu.
Projek MRT yang merupakan projek infrastruktur yang terbesar di Malaysia adalah satu projek kemasukan ekonomi (EPP) untuk NKEA (Bidang Ekonomi Utama Negara) Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Beliau juga berkata projek MRT ini akan menjana 130,000 peluang pekerjaan dalam tempoh masa pembangunannya.
Katanya kerja pembangunan projek tersebut dijangka bermula Julai tahun depan dan akan mengambil masa lima atau enam tahun.
Najib berkata laluan pertama projek MRT ini akan menghubungkan Sungai Buloh dengan Kajang dan akan melalui pusat bandaraya Kuala Lumpur.
“Jarak laluan ini adalah lebih kurang 60km dan 35 stesen akan dibangunkan sepanjang laluan ini. Stesen-stesen integrasi akan dibangunkan di lokasi di mana laluan MRT bersilang dengan laluan KTM Komuter, laluan transit aliran ringan atau light rail transit (LRT) Kelana Jaya dan laluan LRT Ampang,” katanya.
Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang ini akan memberi perkhidmatan tren yang efisyen kepada kira-kira 1.2 juta penduduk, katanya, sambil menyatakan bahawa MRT itu akan melalui kawasan padat penduduk seperti Kota Damansara, Mutiara Damansara, Bandar Utama, Taman Tun Dr Ismail, Bukit Damansara, Cheras, Bandar Tun Hussein Onn dan Balakong.
Katanya lebih daripada 400,000 orang dijangka menggunakan perkhidmatan MRT tersebut setiap hari.
Najib berkata laluan muktamad MRT tersebut serta lokasi stesen masih belum ditetapkan dan kajian pengurusan nilai akan dijalankan untuk menentukan laluan yang muktamad dengan mengambil kira kadar penggunaan yang optima serta pengrealisasian nilai hartanah yang maksima.
Oleh kerana itu, katanya kos projek yang tepat hanya akan dapat ditetapkan setelah kajian tersebut diselesaikan.
“Harga keseluruhan projek ini masih lagi dalam peringkat dihalusi, anggaran awal projek ini dalam tahun 2009 dalam lingkungan RM36 bilion tetapi ini akan tertakluk kepada perubahan apabila sampai pada masanya,” katanya.
Beliau berkata harga terakhir projek tersebut bergantung kepada faktor seperti kontrak-kontrak yang akan ditawarkan melalui tender terbuka, kenaikan harga barangan dan sebagainya.
Najib berkata kerajaan telah memilih laluan Sungai Buloh-Kajang untuk memulakan projek MRT di Lembah Klang kerana koridor ini tidak mempunyai perkhidmatan pengangkutan awam rel yang mencukupi.
Pada masa yang sama, kajian terperinci atas laluan ini telah pun dijalankan kerana laluan ini telah dicadang oleh Syarikat Prasarana Negara Bhd pada tahun 2008 dan juga oleh MMC-Gamuda Joint Venture Sdn Bhd baru-baru ini.
Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang adalah fasa pertama dalam pembangunan jaringan MRT di Lembah Klang.
Laluan-laluan yang akan dibangunkan pada masa hadapan telah dicadangkan dan kini sedang dikaji di bawah skop Pelan Induk Pengangkutan Awam Bandar yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat.
Pembangunan laluan yang lain itu akan dilaksanakan dalam beberapa fasa, katanya.
Ditanya mengenai sama ada kerajaan akan mengumumkan projek baru di bawah EPP, Najib berkata terdapat beberapa projek baru yang akan diumumkan Januari tahun depan.
– BERNAMA