Saturday, October 24, 2015

Bismillah


بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ‎

Bismillāhi r-raḥmāni r-raḥīm

奉至仁至慈的真主之名

"In The Name of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful"

"奉至仁至慈的真主之名"

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"

Friday, May 18, 2012

Perhatikan 25 petanda ini pada anda



Informasi ini berguna untuk panduan anda semua .......


Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-



1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.

Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja

v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG

Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.

i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

ii) Hidung tersumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.

iii) Bersin :

a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.



3. BATUK

i). Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

ii). Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.

iii). Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.



4. KERONGKONG

i) Kerongkong kering : Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.

ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.



5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

i) Bibir pucat

a. Sistem penghadaman yang lemah.

b. Perut mengandungi angin.

c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi.

ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.



6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.

ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.

iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.



7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.

ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.



8. KULIT Berpeluh :

i) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.

ii) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.



9. RUAM DAN BISUL :

Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.



10. KULIT GATAL DENGAN RUAM :

Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.



11. KULIT PECAH DAN BERAIR :

Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.



12. RAMBUT GUGUR :

Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.



13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a) Sakit sakit Sendi

i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).

ii) Tidak rasa panas .Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .

iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

b) Kebas Tangan : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

c) Kebas Tangan Kiri dan Lengan : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

d) Kebas Kaki : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

e) Sakit Tapak Kaki : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

f) Sakit Tumit Kaki : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

g) Rasa Panas di Tapak Kaki : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

h) Gatal di Celah-celah Kaki : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).



14. TANDA-TANDA DALAMAN

a) Kepala.

Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

b) Pening / Sakit di Bahagian Depan Kepala.

Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

c) Pening / Sakit di Bahagian Belakang Kepala.

i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.

ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

d) Sakit Kepala dan Rasa Gas Keluar dari Telinga : Menandakan penyakit migrain.

e) Bisul Terjadi di Kepala

Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

f) Rasa Pening yang Memusing : Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.



15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH

a) Loya / Muntah . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

b) Muntah Darah

i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan

ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.



16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.



17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT .

Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman



18. KENCING

a) Kerap Kencing : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang

b) Air Kencing yang Berkapur : Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

c) Air Kencing yang Berminyak : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

d) Air Kencing Pekat yang Berwarna Coklat : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

e) Air Kencing Berdarah : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.



19. BUANG AIR BESAR

a) Cirit Birit / Kerap Buang Air Besar : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar.

b) Sembelit : Membersihkan toksin dari usus kecil.

c) Najis Berdarah

i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.

ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

d) Najis Berwarna Hitam : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.



20. BADAN

a) Rasa Sakit : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.

i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.

ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.

iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.

iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

b) Badan Terasa Berat / Malas / Lenguh : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan sedang berlaku.

c) Badan Terasa Panas : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

d) Badan Terasa Ringan : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.



21. RASA TAKUT MENGEJUT

Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.



22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.




23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.



24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

i) Sistem jantung yang lemah.

ii) Sistem saraf otak yang lemah.

iii) Masalah pengaliran darah.



25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah

Thursday, June 30, 2011

Sombong & Bongkak

SOMBONG bererti terasa kelebihan dan kehebatan yang ada pada diri sendiri, kemudian ditambah dengan sifat suka menghina dan merendahkan orang lain. Orang sombong memandang rendah manusia lain kerana berasakan sesuatu kelebihan yang ada pada diri mereka.
Begitulah sombongnya Iblis yang enggan sujud kepada Nabi Adam. Tidak cukup dengan kesombongannya kepada Allah, lalu ia menempelak: “Mana boleh aku bersujud kepada manusia, kerana aku dijadikan dari api yang mulia, sedangkan Adam dijadikan dari tanah yang hina.
Penyakit sombong akan menyerang sesiapa saja, baik lelaki atau perempuan, golongan bangsawan atau bawahan, berjawatan tinggi ataupun pengemis di jalanan.
Allah berfirman yang bermaksud:
“Aku akan belokkan dari keterangan-Ku, orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi, di luar kebenaran.” (Surah al-A’raf, ayat 146)
Sombong yang paling keji ialah bersifat sombong terhadap Allah. Tercatat dalam al-Quran, antara manusia yang pernah sombong terhadap Allah ialah Namrud yang ingin memerangi tuhan, keduanya Raja Firaun yang pernah mengaku dirinya Tuhan.
Allah berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya, orang yang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku, akan masuk neraka jahanam dengan kehinaan.” (Surah al-Mukmin, ayat 60)
Sombong yang kedua ialah bersifat sombong kepada Rasul dan ajarannya seperti tidak mengiktiraf rasul yang diutus Tuhan kerana kemiskinan dan kehinaan keturunan, seperti Firaun yang mengaku dan menganggap dirinya tuhan, tidak mengaku Nabi Musa rasul utusan Allah.
Begitu juga Abu Lahab serta kaum Quraisy yang enggan menerima Muhammad SAW sebagai nabi akhir zaman.
Oleh itu mari kita memeriksa diri, apakah kita sudah dijangkiti virus sombong ini atau tanpa diketahui kita adalah salah seorang penghidap serius penyakit itu selama berpuluh tahun.
Iman Al-Ghazali menyimpulkan ada tujuh cara untuk mengenali seseorang yang sedang dan sudah menghidap penyakit hati yang merbahaya ini :
· Pertama, kelebihan seseorang kerana pengetahuan ilmunya, baik ilmu dunia atau ilmu akhirat. Apabila ilmu sudah penuh di dada dia menganggap semua orang lain jahil belaka, semua orang buta dan jika ada pandangan yang bernas tetapi tidak diterimanya.
Orang sombong seumpama ini, menghendaki dirinya selalu dihormati oleh orang lain terutama ketika di khalayak ramai, oleh anak muridnya dan orang bawahannya serta sentiasa meminta diberi layanan mulia.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tidak akan masuk neraka, orang yang di dalam hatinya ada seberat sebiji sawi darinya iman, dan tidak akan masuk syurga yang di dalam hatinya ada seberat biji sawi darinya sombong.” (Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)
· Keduanya kerana kelebihan beribadat seseorang. Penyakit orang ahli abid yang merasa diri mereka terlalu banyak beribadat berbanding dengan orang lain sehingga menganggap orang lain tidak mampu beribadat seperti mereka.
Sedangkan mereka terpedaya dengan tipu daya syaitan. Rasulullah SAW mengingatkan melalui sabda Baginda yang bermaksud:
“Bahawa siapa yang memuji dirinya sendiri atas suatu amal salih, bererti sudah tersesat daripada mensyukurinya, dan gugurlah segala amal perbuatannya.”
Jika kita bersifat seperti ini, menghina orang yang tidak bersembahyang atau apabila orang mengerjakan maksiat, lantas menggelengkan kepala dan terdetik di dalam hati, “Apa nak jadi dengan kamu semua. Mengapa tidak alim dan warak seperti aku,” maka kita adalah dalam kategori orang yang berpenyakit sombong. Oleh itu, bersegeralah bertaubat atas kejelekan akhlak.
· Perkara ketiga yang membuatkan kita sombong ialah kerana ego memperkasakan keturunan, bangga kita berketurunan mulia lagi bangsawan, suka menyebut nama datuk nenek moyang kita yang dulunya dikatakan keramat atau hebat.
Sifat sombong seperti ini tidak ubah seperti kaum Bani Israel yang dilaknat Tuhan, seperti termaktub dalam al-Quran. Mereka bangga dengan keturunan mereka yang banyak menjadi nabi ikutan, konon keturunan mulia dikasihi tuhan.
Mereka rakus melakukan apa saja termasuk membunuh golongan lemah kerana keegoan menganggap orang lain tidak semulia mereka. Seandainya kita zalim, bangga dengan status keturunan, maka kesombongan itu sama dengan kesombongan kaum Bani Israel yang dilaknat tuhan.
· Perkara keempat menjadikan kita beroleh sombong ialah kerana berasa diri cantik dan sempurna malah memandang orang lain dengan hina, seperti merendah-rendah ciptaan Allah hingga sanggup menyindir atau memberi gelaran tidak baik seperti pendek, berkulit hitam atau gemuk.
· Sifat sombong kelima berpunca daripada kelebihan harta diberi Allah membuat kita lupa daratan, berbangga dengan kekayaan yang ada, rumah besar, kereta mewah hingga memandang rendah orang yang kurang berada.
· Keenam, sombong kerana kekuatan dan kegagahan diri. Semua orang akan dibuli kerana kuatnya badan kita tidak terperi, hingga boleh memakan kaca seperti mengunyah. Boleh menarik bas dan lori hanya dengan gigi. Boleh dihempap badan dengan batu dan besi.
· Akhirnya yang ketujuh kata Imam Ghazali, ialah sombong dan berbangga kerana ramainya pengikut setia di belakang diri, sepertinya orang alim berbangga dengan ramainya murid yang memuji. Guru silat pula berbangga dengan ramainya murid yang tidak lut ditetak dan dijilat api.
Justeru, hendaklah memeriksa diri sama ada tujuh perkara yang membawa kepada penyakit sombong ada pada kita atau tidak. Penawarnya ada di tangan sendiri kerana penyakit sombong hanya akan memakan diri.
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
“Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka pada Allah.” (Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dari Abu Hurairah)
Satu sifat yang paling dibenci oleh Allah SWT adalah sombong. Sombong adalah menganggap dirinya besar dan memandang orang lain hina/rendah.
Allah melarang kita untuk sombong:
”Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.” [Al Israa’:37]
Allah benci dengan orang-orang yang sombong:
”Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” [Luqman:18]
Nabi berkata bahwa orang yang sombong meski hanya sedikit saja niscaya tidak akan masuk surga:
Dari Ibn Mas’ud, dari Rasulullah Saw, beliau bersabda: “Tidak akan masuk sorga, seseorang yang di dalam hatinya ada sebijih atom dari sifat sombong”. Seorang sahabat bertanya kepada Nabi Saw: “Sesungguhnya seseorang menyukai kalau pakainnya itu indah atau sandalnya juga baik”. Rasulullah Saw bersabda: “Sesungguhnya Allah Swt adalah Maha Indah dan menyukai keindahan. Sifat sombong adalah mengabaikan kebenaran dan memandang rendah manusia yang lain” [HR Muslim]
Nabi juga berkata bahwa orang yang sombong niscaya akan disiksa oleh Allah di akhirat nanti:
Dari al-Aghar dari Abu Hurarirah dan Abu Sa’id, Rasulullah Saw bersabda: “Allah Swt berfirman; Kemuliaan adalah pakaian-Ku, sedangkan sombong adalah selendang-Ku. Barang siapa yang melepaskan keduanya dari-Ku, maka Aku akan menyiksanya”. [HR Muslim]
(Dikatakan kepada mereka): “Masuklah kamu ke pintu-pintu neraka Jahannam, sedang kamu kekal di dalamnya. Maka itulah seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong .” [Al Mu’min:76]
Abi Salamah meriwayatkan bahwa Abdullah bin Amr bertemu dengan Ibn Umar di Marwah. Keduanya kemudian turun dan berbicara satu sama lain. Selanjutnya Abdullah bin Amr berlalu dan Ibn Umar duduk sambil menangis tersedu-sedu. Ketika ditanya tentang apa yang membuatnya menangis, beliau menjawab: “Laki-laki ini (yakni Abdullah bin Amr) telah mengaku bahwa dia mendengar Rasulullah Saw bersabda: “Barang siapa yang di dalam hatinya ada sebijih atom dari sifat sombong, maka Allah Swt akan menimpakan api neraka ke arah wajahnya” Baihaqi
Dari hadits di atas cukuplah bagi kita untuk menyadari bahwa sifat sombong sangat berbahaya bagi kita.
Imam Ghazali dalam kitabnya, ”Ihya’ ’Uluumuddiin” menulis bagaimana mungkin manusia bisa bersifat sombong sementara dalam dirinya terdapat 1-2 kilogram kotoran yang bau?
Terkadang orang sombong karena kekayaannya. Siapa orang terkaya di dunia? Qarun dulu sangat kaya. Perlu 7 orang yang sangat kuat hanya untuk mengangkat ”KUNCI-KUNCI” gudang kekayaannya yang berisi emas permata. Orang terkaya di dunia saat ini (per 20 Agustus 2007), Carlos Slim (mengalahkan Bill Gates yang memiliki kekayaan US$ 56 milyar) memiliki kekayaan US$ 59 milyar atau rp 551 trilyun lebih (Fortune Magazine).
Namun yang patut diingat, ketika orang yang disebut kaya itu lahir mereka tidak memiliki apa-apa. Ketika mati juga tidak membawa apa-apa kecuali kain yang melekat di badan. Pada saat mati tidaklah berguna segala harta dan apa yang telah mereka kerjakan.
”Tidaklah berguna baginya harta bendanya dan apa yang ia usahakan.” [Al Lahab:2]
Sebagaimana Qarun, harta yang kita miliki tak lain milik Allah yang dititipkan kepada kita. Ketika kita mati kita akan berpisah dengan ”harta” kita.
”Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi dan apa yang ada di dalamnya; dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.” [Al Maa-idah:120]
Sering orang sombong karena kekuasaan atau jabatan. Padahal kekuasaan dan jabatan juga tidak kekal. Ketika mati, maka kekuasaan pun hilang. Kita diganti dengan yang lain.
”Katakanlah: “Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.” [Ali ’Imran:26]
Fir’aun raja Mesir yang sombong saat ini telah menjadi mayat yang tidak berdaya. Alexander the Great atau Iskandar Agung yang kerajaannya meliputi sebagian Afrika, Eropa, dan Asia saat ini tinggal tulang-belulang belaka. Hitler yang dulu ditakuti juga telah tiada begitu pula dengan musuh-musuhnya.
Hanya Allah Maha Perkasa yang tetap kekal dan hidup abadi selama-lamanya. Lalu apa yang membuat manusia pantas untuk merasa sombong?
Ada juga orang yang sombong karena wajahnya yang cantik dan rupawan. Padahal ketika tua, maka mukanya akan jelek dan keriput. Ketika sudah dikubur, maka wajahnya hanya akan tinggal tulang tengkorak belaka. Pantaskah manusia untuk bersikap sombong?
Ada lagi yang sombong karena kekuatannya atau badannya yang kekar. Kita saksikan Samson yang dulu sanggup mengalahkan singa dengan tangan kosong kini sudah terbujur dalam tanah. Muhammad Ali yang dulu sering membanggakan diri sebagai yang terbesar (I am the Greatest) kini lemah terkena penyakit parkinson. Begitu tua orang sekuat apa pun akan jadi lemah. Begitu mati dia sama sekali tidak berdaya.
Allah mengingatkan bahwa manusia diciptakan dari air mani yang tidak berharga. Pantaskah manusia bersikap sombong?
”Dan apakah manusia tidak memperhatikan bahwa Kami menciptakannya dari setitik air mani, maka tiba-tiba ia menjadi penantang yang nyata!” [Yaa Siin:77]
Dari tulisan di atas jelas bahwa tidak ada alasan bagi manusia untuk bersikap sombong. Ancaman neraka bagi orang yang sombong meski hanya sekecil atom hendaknya membuat kita jadi orang yang rendah hati.
Moral: Biasala manusia ni, masa susah atau perlukan bantuan baru nak cari orang terdekat. Bila dah dapat apa dia nak?...senyap terus!!
(Kredit to blog http://syurgadidunia.blogspot.com/2008/09/wanita-bekerja-pentingkan-diri-sendiri.html)
Anak yang baru lahir ibarat kain putih, ibu bapa yang mencorakkan diri anak itu sendiri, manusia selalunya menuding jari menyalahkan orang lain jika anak mereka menjadi nakal atau jahat, pengaruh persekitaran, pengaruh rakan2, pengaruh video games dan lain2 lagi. Jika benteng akal anak itu mantap, adakah mereka akan mudah terpengaruh? Apakah sumber kekuatan benteng akal anak tersebut?
Jawapannya adalah kekuatan bahagian depan otak (prefrontal cortex) dan juga hubungan kasih sayang (limbic bonding) antara anak dan ibu bapa.
Ibu yang mengandung sebenarnya bukan sahaja memberi makan dan perkumuhan kepada bayi, apa yang dilalui secara emosi oleh ibu, itu juga akan dirasai oleh sibayi, semua emosi mempunyai hormon yang dikeluarkan oleh otak keseluruh badan, ini termasuklah emosi tekanan/stress. Ibu yang berkerja tidak dapat lari dr perasaan tertekan, hidup dizaman moden ini penuh dgn tekanan/stress, dari ketika keluar dr rumah sangkut di traffic jam, ditempat kerja, ketika pulang dan juga dirumah ketika harus menjalankan tugas sebagai ibu dan juga isteri ketika keadaan diri kepenatan. Bayi didlm kandungan akan turut merasai perasaan tertekan tersebut.

Apa kesannya kepada bayi didlm kandungan? Hormon stress yang dikesan oleh badan bayi seolah2 memberi tahu bayi yang dirinya didlm keadaan terancam dan ketakutan, ini menyebabkan tumbesaran bayi lebih kepada bahagian otot badan untuk menyiapkan dirinya untuk "fight or flight situation", yang menakutkan pertumbuhan bahagian otak terutamanya bahagian depan (prefrontal cortex PFC) akan terbantut kerana kebanyakan khasiat makanan dr ibu lebih kepada bahagian otot badan, ibu mengandung yang sentiasa didlm keadaan tertekan sebenarnya sedang membesarkan seorang "street fighter" didalam rahimnya. Anak ini nanti selalunya akan mempunyai fizikal yang tegap, tetapi kurang cerdik. Kurang cerdik disini tidak lah bermaksud anak itu akan lemah dr segi akademik disekolah tetapi kurang cerdik dr segi menangani isu2 kehidupan. Apa yang membezakan manusia dan haiwan adalah bahagian depan otak (prefrontal cortex). Fikir2kan lah anak yang lahir dgn PFC yang tidak sempurna, apa kesannya pada kehidupan di masa depan?

Kira2 2 bulan selepas lahir, bayi akan mula mengenali raut wajah ibunya, ini amat penting kerana dr ekspresi wajah ibu itu juga anak akan belajar mengenai kehidupan, apabila bayi melalui situasi2 yg baru selalunya dia akan mencari ibunya untuk mendapatkan rujukan apa yg perlu dilakukan, contohnya jika dia terjatuh ketika mula berjalan, jika siibu menerpa didlm keadaan terkejut, bayi akan menangis lebih kuat lagi berbanding dgn ibu yang datang dgn keadaan tenang, mendukung dan membelai dgn kasih sayang.

Jika bayi terjaga ditgh malam dan mahukan susu, siibu yg kepenatan berkerja sedar didlm keadaan marah amat sukar untuk menyusukan bayi tersebut dgn kasih sayang, ini akan memberi kesan kepada bayi, walaupun anak tidak disusu badan, si bayi dapat merasai emosi ibu kerana emosi itu berjangkit, si bayi selalunya akan terus menangis dan tertidur lebih kepada penatnya menangis dr pada lena kekenyangan. Kesannya pada minda separuh sedar bayi ini adalah "tiada siapa yang aku boleh harapkan didunia ini".
Ketika baru lahir hingga keumur 6 atau 7 tahun, otak anak membesar dengan kadar yang amat tinggi, di ketika ini juga anak akan belajar lebih kepada pemerhatian, apa yg dilihat dilakukan oleh ibu dan bapa akan menjadi ikutan anak tersebut. Sebab itu kita biasa mendengar, "perangai engkau ni mcm ibu/bapa engkau lah", ini bukanlah genetic/keturunan sebenarnya tetapi dr pembelajaran melalui pemerhatian ketika tempoh awal kehidupan.
Persoalannya disini, dimana ibu dan bapa ketika waktu ini? Siapa yang anak akan perhatikan untuk menjadi rujukan untuk anak itu belajar mengenai kehidupan? Orang gaji? Pengasuh taska? Tidak hairan lah nanti generasi akan datang akan mempunyai minda malaysian tetapi minda separuh sedar indon, filipino, bangla atau nepal. Lebih 90 peratus kelakuan/tingkah laku manusia adalah dr minda separuh sedar sebenarnya.

Sekarang kita sudah boleh melihat kesannya, zaman wanita berduyun2 bekerja meninggalkan anak di jaga oleh orang lain. Perhatikan masaalah2 remaja dizaman ini, lihat sikap sopan santun yg sudah luntur pada mereka, rasanya tidak perlulah di ungkitkan dgn lebih terperinci disini sifat2 lain yang lebih mengecewakan.

Sekitar 10 tahun lepas era komputer mula meningkat dan ibu bapa berlumba2 membelikan komputer untuk anak2, ibu bapa yg jahil tidak tahu apa itu "internet filter", kerajaan pula atas dasar "free information" tidak menghalang semua laman2 web porno dari diakses dengan mudahnya. Anak yang tinggal dirumah, tersilap klik sahaja sudah boleh mengakses "ilmu2 baru" yang merangsangkan. Kesannya keruntuhan akhlak remaja dengan seks bebas dan sebagainya sudah tidak dapat dinafikan lagi.

Kajian Dr Michael Resnick dr University of Minessota yang diterbitkan didalam The journal Of The American Medical Association, 1997 menyatakan, anak2 yang lebih merasai kasih sayang dan lebih berhubungan dengan ibu dan bapa mempunyai kadar yg lebih rendah mempunyai masaalah mengandung ketika usia muda, masaalah dadah, merokok, keganasan dan bunuh diri. Artikel in menegaskan yang kadar hubungan antara anak dan ibu bapa amat memainkan peranan lebih penting mencorakkan minda anak membenteng diri dr masaalah sosial.

Ibu dan bapa zaman sekarang ini lebih mementingkan rumah besar dan kereta besar hinggakan anak ada yang "terbesar" perut mengandung anak luar nikah atau membesarkan perut anak orang lain bg yg lelaki. Perlu diingat rumah besar dan kereta besar tidak akan dibawa ke lubang kubur tetapi doa anak yg soleh sahaja akan kekal berterusan selepas mati, jadi saham apa yang lebih patut dititk beratkan, saham dunia atau saham akhirat?

Bolehkan kita mendapat anak yang soleh dengan memberikan komputer, video games dan didikan dr orang gaji dan cikgu2 taska? Fikir2kan lah.

Saya tidak menghalang wanita berkerja tetapi tumpuan kepada anak2 itu lebih patut diutamakan kerana mereka nanti adalah pemimpin masa depan. Minda harus dibuka dr menumpukan kepada kebendaan kepada kerohanian. Allah menjadikan wanita sebagai lebih kepada melahir dan membesarkan anak dan bukan mencari rezeki dan bersaing dengan lelaki.

Dalam persoalan diatas, semuanya berbalik juga ke pada pihak lelaki, jika lelaki/suami boleh berusaha lebih mencari rezeki, bukankah isteri boleh menumpukan perhatian kepada anak2. Jika lelaki setia kepada isteri bukankah wanita tidak akan terfikir bekerja sebagai "back-up" jika berlaku perceraian, didlm hal ini harus di tanyakan ke pihak wanita juga, jika tiada wanita bekerja bergaul dgn bebas dengan lelaki bukankah kebarangkalian suami berubah rasa atau curang akan kurang? Siapa yg menggubal peraturan pejabat? Pemimpin... Siapa yg memimpin? kebanyakannya adalah lelaki. Jadi dari segala segi berbalik semula kepada lelaki sebenarnya.

Apa yg berlaku sekarang ini adalah kerana kita lari dr batasan2 Islam, Islam adalah cara hidup, bukan setakat sembahyang dan puasa, termasuk lah batasan pergaulan lelaki dan wanita, masaalah masyarakat yg melanda sekarang ini adalah kesan dr masyarakat yg beragama islam tetapi tidak mengikut cara hidup islam. Sembahyang tetapi tidak tahu apa yg di kumat kamitkan, berdoa tetapi tidak tahu apa yg dipohon.

Bukalah minda dan lihatlah persekitaran, perhatikan tingkah laku anak2 zaman sekarang, sedarkah kita yg masyarakat kita menghala tuju kearah yg salah, bukankah masanya untuk kita menekan "brek" kehidupan dan mengubah haluan?

Ibu yang bekerja dan lelaki isterinya terpaksa bekerja meninggalkan anak dibesarkan oleh orang lain adalah mereka yang pentingkan diri sendiri, lebih mengutamakan materalistik dr kerohanian, kita dikhayalkan oleh dunia media yang kegembiraan adalah dari luaran, kegembiraan adalah dari jenama kereta yang dipandu, dari besarnya rumah yang diduduki, memang benar itu semua untuk keselesaan anak2 tetapi jika moral dan perangai anak menuju kehancuran, apakah gunanya dunia materialistik ini?

Kegembiraan sebenarnya dari dalaman, hati yang tenang dan sentiasa mengingatkan penciptanya itu lebih gembira dari mengingati dan mengejar dunia.

Jika semua manusia mempunyai pemikiran yang sama bermakna tiada siapa yg berfikir, adakah anda berfikir?

Tuesday, May 31, 2011

MRTA vs MLTA (INVESTMENT LINK)

Untuk pengetahuan semua MRTA atau Mortgage Reduced Term Assurance merupakan sejenis perlindungan insurance untuk pinjaman rumah. Tujuan individu membeli polisi MRTA tidak lain adalah sebagai perlindungan kewangan terhadap baki pinjaman yang belum dibayar sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal keseluruhan atau Total Permanent Disable (TPD) kepada peminjam. Jadi polisi MRTA ini akan membayar baki pinjaman yang terunggak.

Ciri-ciri MRTA



  1. Bayaran lump sum (sekali gus).


  2. Biasanya akan dimasukkan didalam loan sekiranya jumlah premium terlalu mahal (bagi membolehkan bayaran secara bulanan).


  3. Sekiranya premium dimasukkan bersama pinjaman, premium tersebut juga dikenakan faedah oleh pihak bank. Jadi, jumlah premium yang perlu dibayar akan lebih tinggi dari sepatutnya.


  4. Tempoh perlindungan sama seperti tempoh pinjaman.


  5. Jumlah perlindungan akan berkurangan mengikut pinjaman.


  6. Lebih murah berbanding dengan life insurance atau takafulink sekiranya dikira dari sudut jumlah caruman.


  7. Tiada nilai tunai

Bagi mereka yang aktif dalam pelaburan hartanah (jual-beli hartanah), setiap kali kita buat pinjaman kita perlu memohon plan MRTA dan sekiranya kita ingin menjual hartanah tersebut, kita perlu batalkan MRTA tersebut. Dan seterusnya sekiranya kita ingin membeli hartanah lain, kita perlu mengambil sekali lagi MRTA yang lain. Dan sudah tentu pada masa itu umur kita telah meningkat dan menyebabkan premium lebih mahal. Kalau mahal masih ok lagi, tapi kalau dah sakt sampai syarikat insurance/takaful pun dah tak nak amik kita sebagai pemegang polisi.


Macam mana?…..Masa tu dah tak de chance nak amik MRTA lagi.


Bagaimana boleh dijadikan sebagai satu option dalam menggantikan MRTA?


Ciri-Ciri Investment Link (MLTA)



  1. Bayaran secara berkala (regular), jadi tidak perlu masukkan bersama pinjaman, dan ini boleh mengelakkan kita daripada dikenakan faedah oleh bank.

  2. Jumlah perlindungan sekata sepanjang tempoh caruman atau sehingga umur kita 80 tahun yang mana lebih dahulu.

  3. Jumlah perlindungan yang fleksible. Boleh diubah mengikut keperluan perlindungan pinjaman.

  4. Jumlah premium yang tetap. Walaupun umur meningkat, premium tetap sama. Ini akan menjimatkan kita dalam jangka masa panjang.

  5. Tidak perlu menamatkan polisi sekiranya hartanah yang pinjamannya dilindungi oleh takafulink ingin dijual atau dipindah milik. Dan sekiranya kita ingin membeli hartanah baru, boleh gunakan polisi yang sedia ada untuk menjadi sebagai cagaran bayaran pinjaman sekiranya kita meninggal dunia atau lumpuh kekal keseluruhan.

  6. Boleh digandingkan dengan pelbagai manfaat perlindungan lain yang agak penting seperti medical card, elaun hospital, elaun ICU, elaun pembedahan dan sebagainya.

  7. Ada nilai tunai dan perkongsian untung hasil dari keuntungan wang caruman yang dilaburkan oleh syarikat.


Bagi tempoh masa yang panjang, cara ini lebih menjimatkan disebabkan kita tidak dikenakan interest atas premium sekiranya premium dimasukkan dalam jumlah pinjaman. Selain dari itu, jumlah peruntukan premium untuk simpanan selepas tahun ke 7 dan seterusnya adalah 100%.


Nasihat!!!


Sekiranya hartanah anda adalah hanya untuk tujuan perlaburan, investment link sepatutnya menjadi pilihan anda kerana anda akan menjual hartanah tersebut dan membeli yang baru dan seterusnya anda tidak perlu membeli polisi insurans yang baru, walaubagaimanapun semuanya bergantung kepada apa yang anda kehendaki dan jumlah wang dalam poket anda.

Tuesday, May 24, 2011

TUJUH ALASAN ORANG MALAS BERSENAM

Salah faham dikalangan majoriti masyarakat Malaysia mengenai idea ‘bersenam’ dan erti ‘gaya hidup sihat’. Berikut adalah beberapa alasan yang selalu kita dengar dan respon mengenai cara untuk mengelaknya.

ALASAN #1 – “SAYA SANGAT SIBUK, MANA ADA MASA NAK BERSENAM!”
Anda tidak akan pernah sibuk untuk bersenam! Bersenam ialah suatu kewajipan selagi kita masih hidup (dan jika mahu hidup panjang!). Jika anda sangat sibuk dan langsung tidak ada masa untuk luangkan masa ‘berharga’ anda walaupun 20 minit sehari, jadilah lebih aktif! Gunakan tangga berbanding lif. Cuba kurangkan penggunaan kenderaan. Jika sangat perlu, letak kereta anda sejauh mungkin supaya anda masih perlu berjalan ke destinasi yang anda ingin tuju.

Okay anda mungkin berpendapat bahawa perkara-perkara ini adalah ‘remeh’ dan tidak mungkin membantu anda dalam mencapai objektif anda. Tetapi, jika anda mengambil langkah-langkah ini setiap hari, ianya akan memberi kesan lebih dalam jangka panjang! Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit juga kan!

ALASAN #2 – “BUAT APA BERSENAM? SAYA TELAH DITAKDIRKAN SEBAGAI SEORANG GEMUK!”
Saya berpendapat bahawa ini merupakan alasan yang tidak boleh diterima sama sekali! Ia seperti mengaku bahawa ada yang tidak kena tentang diri anda tetapi anda tidak mahu mengambil langkah proaktif untuk mengubahnya kerana menganggap bahawa ianya suatu yang telah ‘sebati’ dalam diri anda. Saya percaya setiap personaliti yang anda baca di ruangan ‘Success Stories’ di Kevin Zahri mempunyai pendapat yang sama berkenaan ini.

Kadangkala, kegemukan bukanlah kesalahan individu itu sendiri, ianya sesuatu yang dikongsi bersama. Ianya disebabkan oleh kebiasaan yang dipupuk dari kecil. Ingat tak pesan, kalau makan, makan sampai kenyang kan? Bersenam juga dianggap sebagai perkara yang tidak wajib oleh kebanyakan masyarakat kita. Sama juga bagi mereka yang kurus disebabkan kadar metabolism tinggi, senaman masih juga relevan dan penting!

Percayalah cakap saya, jika anda mempunyai azam untuk berubah anda pasti boleh mencapainya. Yang penting sekali, anda perlu ubah persepsi dan berhenti menyalahkan diri anda terhadap keadaan diri anda sekarang. Jika anda sedang membaca ini, ia bermakna anda sangat berminat untuk mengubah diri anda. Persoalannya sekarang, bilakah anda mahu mentadbir diri anda kembali? Jawapannya, sekarang!

Jika anda sedang membaca ini, ia bermakna anda sangat berminat untuk mengubah diri anda. Persoalannya sekarang, bilakah anda mahu mentadbir diri anda kembali? Jawapannya, sekarang!

ALASAN #3 – “SAYA DIET, TAK PAYAH BERSENAM LAH!”
Perkataan ‘diet’ ialah salah satu terma yang paling gemar digunakan dan juga ‘disalahguna’ oleh orang ramai yang cuba untuk mengurangkan berat badan! Diet tak bermakna anda ‘berpuasa’ dan mengikat perut anda dari makanan.

‘Diet’ sebenarnya ialah jumlah makanan yang diambil oleh seseorang. Setiap individu mempunyai jumlah nilai kalori harian (DCR) berlainan bergantung kepada fizikal badan dan juga gaya hidup seseorang itu (sama ada aktif atau tidak). Sudah tentu, tidak mustahil bagi seseorang itu untuk mengurangkan berat badan dengan hanya berdiet. Tetapi ianya sangat tidak disyorkan kerana seseorang itu perlu sangat berdisiplin dalam pengambilan makanan. Terdapat juga kemungkinan besar untuk berasa lapar dan akhirnya anda mungkin terlebih makan kerana tersangat lapar! Oleh itu, ‘diet seimbang’ sangat disyorkan oleh majoriti pakar nutrisi yang meliputi diet (‘reduced calorie diet’) dan senaman. Tahukah anda bersenam membantu anda mengurangkan nafsu makan?

ALASAN #4 – “SAYA TAK MAHU PERGI GYM, SAYA TAK MAHU BADAN ‘BESAR’ MACAM AHLI BINA BADAN!”
Mungkin ini salah satu sebab kenapa kurangnya pengunjung perempuan di gimnasium. Kaum wanita sangat risau jika tubuh badan mereka akan berotot seperti lelaki bina badan. Jangan risau, kebanyakan lelaki juga mempunyai kerisauan yang sama kerana tidak mahu kelihatan ‘besar’ macam ‘weightbuilder’.

Sebenarnya, bukan senang untuk seseorang kelihatan seperti ahli bina badan. Ianya adalah proses yang mengambil masa yang agak panjang dan diet mereka sangat berbeza berbanding mereka yang hanya pergi gym untuk menjadi sihat dan meningkatkan kesihatan diri. Jadi anda tak perlu risau!

Perempuan dan lelaki juga mempunyai fisiologi yang berbeza. Kepada kaum wanita, bentuk badan anda akan menjadi lebih menarik kerana latihan di gym membantu membakar lemak badan. Jangan jadikan alasan ini untuk tidak mahu pergi ke gym lagi okay?

ALASAN #5 – “BENCILAH BERSENAM! TAK SUKA!”
Saya suka berlari. Mungkin anda tidak suka berlari. Anda mungkin mempunyai aktiviti yang anda minat yang mungkin anda sendiri tidak tahu lagi. Yang penting di sini, jangan mudah berhenti dan berputus asa. Teruskan bersenam dengan pelbagai aktiviti yang anda boleh cari dan cuba. Kawan saya dah berhenti berlari dengan saya selepas beberapa minggu dan sekarang masuk kelas ‘pole dancing’. Tak kisahlah apa pun yang anda buat, cuma pastikan ianya sesuatu yang aktif dan membuat anda berpeluh!

ALASAN #6 – “BUAT PENAT SAJA EXERCISE, TAK ADA BEZA APA-APA PUN!”
Ramai orang putus asa dan berhenti bersenam sepenuhnya sebab tak nampak apa-apa pun beza selepas penat bersenam selama beberapa minggu. Banyak faktor yang menyebabkan kenapa ianya berlaku tetapi ianya boleh disimpulkan kepada satu sahaja, iaitu pengetahuan asas mengenai senaman.

Senaman akan menjadikan anda lebih sihat dan fit tetapi tidak akan membantu anda mengurangkan berat badan jika anda masih teruskan dengan diet anda yang biasa. Anda perlu tahu tentang konsep pemakanan sihat, dan juga tips mengenai senaman supaya anda boleh mencapai objektif anda secara efektif. Ingat, kualiti selalunya lebih penting dari kuantiti!

ALASAN #7 – “SUSAHLAH NAK TERUSKAN BERSENAM!”
Ada juga yang mahu bersenam tapi susah nak jadikan ianya satu amalan. Banyak sebab kenapa situasi ini boleh terjadi. Lazimnya ia mungkin disebabkan oleh terlalu memaksa diri untuk mencapai suatu objektif. Saya ingat lagi dahulu betapa azabnya untuk berlari hanya sejauh 1km tanpa henti. Ianya semuanya proses yang mengambil masa. Sekali lagi, ianya sangat bergantung kepada psikologi anda.

Betapa banyak anda mahu mencapai objektif tersebut. Saya selalu ingatkan diri saya untuk buat yang terbaik setiap kali bersenam kerana saya yakin setiap kali bersenam ialah satu kejayaan terhadap diri saya. Tak ramai orang yang sanggup bangun dari sofa dan keluar rumah hanya untuk pergi bersenam bukan?

Akhir sekali, kita perlu ingat bahawa seseorang tidak akan berubah kerana apa yang mereka sudah ketahui, tetapi apa yang mereka rasa tentang sesuatu. Seorang perokok tidak akan berhenti merokok kerana tahu merokok membahayakan kesihatan atau mungkin menyebabkan kanser, tetapi berhenti kerana merasakan sesuatu yang tidak kena tentang tabiat tersebut.

Monday, May 23, 2011

Minuman manis dan kegemukan

Baru-baru ini kecoh seketika akan pengharaman penjualan minuman bergas (berkarbonat) di sekolah-sekolah oleh Kerajaan Malaysia, meskipun pada hakikatnya minuman bergas sudah lama tidak dijual di kantin-kantin di kebanyakan sekolah. Sekali lagi di sini, mengapa mesti minuman karbonat dipersalahkan, sedangkan penjualan ‘minuman-minuman manis’ yang lain masih lagi dihalalkan? Apakah yang membezakan komposisi nutrien minuman bergas dan minuman-minuman yang lain seperti milo ais, sirap bandung, atau teh tarik?

Berbeza dengan teh tarik yang mungkin sebahagian kecil nilai kalorinya hadir berpunca daripada sumber lemak dan protein, minuman ringan hanya mengandungi gula ringkas semata-mata, dan kalori yang wujud dalam minuman ini juga datang daripada gula semata-mata. Kebiasaannya minuman ringan tidak mengandungi protein dan lemak. Perumpamaan untuk komposisi minuman ringan adalah seperti berikut: Air kosong + Gula + Perisa + Karbonat = Minuman ringan/bergas.

Lebih gula, lebihlah dahaganya

Gula yang terkandung dalam minuman ringan adalah merupakan karbohidrat ringkas yang sudah diproses (refined carbs). Pengambilan karbohidrat ringkas seperti ini akan menggalakkan pembebasan insulin dengar kadar yang banyak dan mendadak dari pankreas yang berfungsi untuk membawa gula ringkas tadi masuk ke dalam sel, lalu menukarkannya kepada glikogen di sana.

Ini sekaligus akan membuatkan paras gula dalam darah jatuh secara mendadak, dan otak akan mula berfikir bahawa badan masih memerlukan ‘sumber makanannya’ – ini mengakibatkan anda akan berasa lebih dahaga (tidak puas dengan apa yang diminum tadi). Akibatnya, sama ada anda akan menambah lagi minuman ringan ini, atau menghabiskan terus sebotol yang dibeli.


Lebih insulin, lebihlah lemaknyaOleh kerana gula merupakan karbohidrat yang sudah diproses, maka badan tidak akan mengambil masa yang lama untuk mencernakannya. Sifat gula yang mengandungi tinggi glycemix index (G.I) akan membuatkan ia cepat memasuki aliran darah dalam bentuk glukosa, dan dibawa ke serata sel dalam tubuh badan melalui darah dengan bantuan hormon yang kita kenali sebagai insulin.

Sel tidak memerlukan terlalu banyak glukosa untuk menjalankan fungsinya, lalu apakah yang akan berlaku jika ia menerima terlalu banyak glukosa? Glukosa yang berlebihan akan ditukarkan kepada glikogen dan disimpan sementara di dalam sel sehinggalah ia akan digunakan kelak. Namun, persoalan seterusnya akan timbul, apakah yang akan berlaku jika paras glikogen di dalam sel menjadi terlalu tinggi? Glikogen tersebut akan dibawa dan disimpan didalam hati, dan HANYA akan diguna pakai apabila badan berada pada fasa lapar, seperti puasa, dan bersukan berintensiti tinggi (kardio).

Persoalan seterusnya pula akan timbul. Apa pula yang akan terjadi jika paras glikogen dalam hati menjadi terlalu tinggi? (anggap bahawa orang ini mempunyai kadar metabolisma yang rendah, sentiasa makan dan mengamalkan cara hidup yang tidak sihat). Badan akan mengarahkan hormon yang baru sahaja kita kenali tadi, iaitu insulin, untuk menukarkan semua glikogen dalam hati yang berlebihan kepada apa yang kita kaitkan dengan punca obesiti, iaitu LEMAK.

Kesimpulannya? Dengan mempelajari mekanisma akan bagaimana lemak terbentuk secara asas seperti ini, diharapkan kita akan lebih peka sebelum mengambil sesuatu makanan atau minuman, terutamanya yang mengandungi gula ringkas seperti ini. Pokoknya bukan tidak boleh untuk mengambil gula ringkas langsung, tetapi biarlah mengikut keperluan. Waktu yang disarankan untuk mengambil gula ringkas (minuman ringkas) adalah pada waktu pagi, selepas bersenam atau bersukan, atau ketika berbuka puasa, yang mana ketiga-tiga keadaan ini berkongsi situasi yang sama – paras glikogen dalam badan anda adalah rendah.

Dan soalan terakhir yang saya hendak tinggalkan kepada para pembaca di sini ialah, mengapa Kerajaan Malaysia harus menegah murid-murid daripada membeli minuman manis di kantin ketika waktu rehat SEBELAH PAGI di sekolah? Bukankah mereka (murid-murid) memerlukan guka ringkas segera untuk terus bertenaga pada sebelah pagi di sekolah?




Sumber: Kevin Zahri Blog

8 Tip Mudah Diet Ala Gaya Hidup Di Malaysia

Di manakah kesediaan atau pengetahuan anda tentang diet yang sedang anda lakukan sekarang? Jika ya, perlu anda ketahui bahawa perkara asas yang perlu anda lakukan ialah memberi fokus kepada makanan yang anda ambil setiap hari di dalam plan pemakanan atau diet anda ini.

Tip-tip yang disenaraikan dibawah akan membantu anda untuk melihat perubahan yang lebih cepat kerana ia akan meningkatkan metabolisma, mengelakkan rasa lapar, menambahkan tenaga dan membuatkan anda berasa lebih baik secara keseluruhannya.

1. Menambah Karbo Selepas Senaman

Perkara asas yang paling penting dalam diet adalah memastikan anda tidak kekurangan kalori yang diperlukan setiap hari. Mengisi atau menambah semula bekalan karbo didalam badan selepas dari sesi senaman anda.

Menikmati makanan selepas senaman adalah satu kemestian. Ini adalah masa terbaik kerana pada masa inilah otot berada dalam keadaan yang lemah dimana penambahan karbo sangat diperlukan. Perlu diketahui juga bahawa pada masa inilah makanan yang dimakan paling kurang untuk diserap menjadi lemak.

2. Jangan Tidur Ketika Lapar

Langkah kedua yang akan membantu mempercepatkan pengurangan berat badan ialah tidak tidur ketika lapar. Ramai yang beranggapan makan pada lewat malam akan membantutkan usaha mengurangkan berat badan. Hakikatnya adalah makan pada lewat malam tidak akan membantutkan usaha anda. Sebaliknya buatlah pilihan yang bijak. Elakkan pengambilan karbo pada lewat malam dan pilihan dari sumber protein adalah baik untuk anda. Sebagai contoh, susu rendah lemak adalah pilihan yang baik untuk diambil sebelum tidur.

3. Kitaran Kalori

Salah satu langkah yang boleh anda lakukan ialah dengan membuat kitaran terhadap kalori anda setiap hari. Bagaimana utuk melakukannya?

Bila anda mengurangkan kalori dalam diet anda untuk tempoh yang agak lama, kadar metabolisma anda akan menurun. Jadi dengan memvariasikan dengan kalori yang lebih tinggi anda mampu menghalang dari berlakunya metabolisma yang rendah ini.

Sebagai contoh, anda boleh diet rendah kalori untuk 5 hari dan 2 hari kalori yg lebih tinggi. Secara tidak langsung anda juga menjadikan diet anda lebih menarik.

4. Lengkapkan Dengan Protein

Protein adalah nutrien terpenting dalam plan diet anda. Protein akan membantu anda untuk mengurangkan rasa lapar, mengawal selera dan memastikan otot-otot anda mendapat bekalan yang secukupnya.

Pastikan anda mengambil protein yang baik bagi setiap hidangan anda dan mencapai keperluan harian anda. Pilih protein yang baik dari sumber-sumber semulajadi untuk hasil yang terbaik.

5. Jadualkan ‘Cheat Day’

Ramai yang beranggapan bila diet, anda perlu elakkan semua jenis makanan yang anda suka jika inginkan hasil yang baik. Satu persepsi yang tidak betul.

Dengan menjadualkan ‘Cheat Day’ ini, anda masih boleh menikmati hidangan kesukaan dan pada masa yang sama anda masih kekal dengan diet yang sihat pada hari-hari lain.

Lebih baik untuk anda memilih satu hari dari 7 hari hari seminggu untuk ‘Cheat Day’ dari anda memilih untuk makan pada bila-bila masa sahaja.

6. Saratkan Dengan Serat

Serat juga merupakan nutrien yang penting dalam pengurangan berat badan. Serat akan membantu untuk menyihatkan badan dan yang paling penting ia akan membuatkan anda berasa kenyang.

Sekurang-kurangnya anda memerlukan 5gram serat untuk setiap hidangan bagi membantu mengurangkan berat badan. Sumber serat terdiri dari sayur, buah-buahan dan gandum penuh.

7. Kawal Pengambilan Minuman

Salah satu yang sering diabaikan dalam kebanyakkan plan diet ialah pengambilan minuman. Jika anda seorang yang gemar dengan minuman-minuman yang manis ini, anda mungkin telah mengambil kalori yang berlebihan tanpa anda sedari. Perlu diingat bahawa kalori melalui minuman juga dikira.

Jika anda peminat tegar minuman manis ini, alternatif yang ada ialah dengan cara mengurangkan pengambilan kalori makanan anda. Jika tidak usaha menurunkan berat badan anda mungkin tidak akan berjaya.

Langkah terbaik ialah gantikan minuman manis ini dengan air suam atau air kosong.

8. Makan Lebih Produk Tenusu (Dairy Product)

Akhir sekali, tip yang boleh mempercepatkan pengurangan berat badan ialah dengan mensasarkan untuk makan lebih banyak produk tenusu dengan kerap. Ramai yang menganggap mereka perlu menghadkan pengambilan produk tenusu ketika dalam usaha menurunkan berat badan tetapi hakikatnya adalah sebaliknya. Cuma pastikan anda memilih dari variasi rendah lemak.

"Setiap usaha pasti akan diiringi kejayaan. Jangan berputus asa untuk melakukan perubahan pada diri anda."


Sumber : Kevin Zahri